|
| Ditag dari kawan tentang zaman gemilang Ku |
| Monday, August 10, 2009 |
Erm, kali ini tidaklah aku berhajat mengarang panjang persis kata hati.. Hanya sekadar berkongsi lembaran hidup aku tika dizaman kanak2 yang penuh dengan kegirangan lantas menyimpan segala kenangan pahit & manis.. Zaman yang penuh dengan hilai tawa kini kembali dikenangkan dek angkara sahabatku yang lebih mesra dengan jolokan timbangan 'Is' tag aku dengan soklan yang memaksa jemari ini berlatih tari menjawap dengan puluhan jawapan dengan hanya satu soklan yang diberi..
Soooo.... Dengan rasa rendah diri aku menjawap soklannya yang berbunyi "Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. Dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebih lanjut tentang zaman comel anda dulu.."
Maka tersebutlah kisah dulu kala :
1. Masa umur aku 6 taun, selalu jer pagi2 kena rotan ngan ayah aku guna getah paip sebab malas nak pi tadika. Aku pulak manja ngan mak... Disebabkan menyampah ngan aku asyik merengek tula kena rotan... Wawawa.. Padan Muka!
2. N satu ketika tu, aku berbasikal ngan abang aku kat kawasan perumahan di Selangor.. Oleh kerana nak tunjuk hero, aku main tutup mata berbasikal menuruni bukit... Pahtu apa jadi erk?? Ntahlah.. Aku jangkakan aku dapat stabilkan basikal aku tuh lurus jer. Rupa-rupanya bila nak buka mata dah terlambat.. Tup Tup, masuk parit.. Eeeee, busuk gila air parit tuh. Balik umah kena papah ngan abg sambil kena kutuk.
3. Yang best tentang kejadian tu, balik jer umah boleh manja ngan mak.. Mak tolong sapu ubat kat luka2 sebab nak sangat buat aksi berani. Abg aku pula tak habis2 kutuk aku. N mymother tetap bela aku.. Huhuhu. Dengkilah tuh.
4. Bila aku dah umur 7 tahun myfamily berpindah ke Terengganu.. Kawasan perkampungan. Nyaman gak udara kat sana sebab dikelilingi pokok2 yang menghijau. Aku pulak suke ngat nengok anak lembu. So, apa lagi aku cuba2lah nak kacau anak lembu yang cute tuh.. Tetiba bila aku paling belakang, nengok mak lembu tuh dah berasap hidung ye. Apalagi aku pecutlah lari cepat2. Satu kampung aku tawaf dek main lari2 ngan mak lembu tuh.. Hehehe, kebetulan hari tuh aku pakai baju merah. Tak sempat-menyempat aku nak ambil basikal. Kat situ jugak aku tinggalkan basikal aku tuh. Balik umah dalam keadaan masih termengah lagi, aku suh abg aku pi ambil basikal aku balik.
5. Ops... Lupa nak bagitaw, masa aku masih lagi tadika dan menetap kat Selangor. Ada la member2 aku laki perempuan ni pakat kata leh jadi power rangers. So, kitaorang buat meeting n bahagikan kaler n kuasa setiap sorang. Aku dah tak ingat aku ambil power rangers kaler apa. Adala teknik2 yang diajar bagi membolehkan tuk dapat powertuh. Setelah berbulan berlalu, aku tak jugak2 jadi power rangers.. Bila meeting balik ramai2, tak sorang pun yang leh jadik... Maknanyer kitaorang tertipulah. Kakakah.
6. Balik semula masa sekolah kat Terengganu. Seingat akulah masa tu aku darjah empat, ada ler budak perempuan sekelas ngan aku nie menangis jer aku nengok. Tak taw punca apa asalnya, yang nakalnye hidung ye jadi marah macam badut sebab banyak menangis. Apalagi aku sakatlah dia banyak lagi.. Aku panggil dia badut hidung besar. Tengah2 duk asyik main lam kelas, ustazah panggil aku.. Pergilah aku ke pejabat guru, dalam keadaan aku yang masih belum bersedia tuh, tetiba aku kena marah ngan ustazah. Bila aku tanya penyebabnye.. Rupanya budak c minah hidung merah tu salahkan aku bila ustazah tanya sebab apa menangis. Ade ker patut dia buat tuduhan macam tuh. Selepas kejadian tulah aku Xtegur langsung minah tuh sampai aku berhenti dari sekolah tuh.
7. Yang paling lucu korang nak tahu, sekarang nie aku dengar2 minah tu sebenarnya sukakan akuuuu... Hehehe, sampai sekarang ye masih still tunggu aku. Tapi, sowi erk. Aku tak layan.
8. Haaa, sekali lagi aku lupa.. Zaman aku masih lagi berumur 6 tahun. mak n ayah cuba buat perancangan tuk pisahkan aku dengan yeorang. Haaaaa? Nak pisahkan aku ngan mak n ayah? Relax, nak pisahkan aku time tido jer. Aku dah lupa macam mana aku ni leh tido bawah ketiak mak ayah aku sampai umur 6 tahun.
9. Potong line tul aku kan? Zaman tu aku tak reti fikir pepun... Aku ingat lagi, mak ayah terpaksa menempuh pelbagai dugaan tuk pisahkan aku time tido dari mereka. Kadang2 bukan aku yang berpisah dengan mereka. Tapi, ayah aku yang terpaksa pisah dengan mak aku time tido gara-gara nak temankan aku tido kat bilik lain bersama abg2 aku. Bila tengah malam aku bangun tengok mak aku dah hilang, nangislah aku. Tup tup, aku seludup masuk bilik mak ayah aku balik. Kekekeh.
10. Masa kecik dulu aku ramai sangat girlfriend taw... Abg2 aku semua dengki ngan aku pasal diorang tak seramai girlfriend macam aku. Tercabarlah yeorang, sedangkan aku masa tu baru umur 6 tahun jer. Perghhh.. Kecil2 dah pandai ngorat!
11. Ingat lagi masa aku nak berpindah dari Selangor ke Terengganu, jiran aku selang dua tiga umah dari umah aku tuh bagi gambar ye n adik-beradik ye lain. Siap ngan kad ucapan perpisahan. Adik-beradik ye tuh semua perempuan taw! Terharu aku dibuatnya, dahlah semuanya cantik2 belake.
12. Makanan kegemaran aku dulu masa umur 4-5 tahun, tak lain dan tak bukan roti disapu dengan susu manis pekat. Rela tak makan nasi nak makan roti tuh..
13. Apa lagi erk nak diceritakan?? Is, teman tak dapat idea la.. Boleh tak teman berhenti dulu sekarang takat ni. Nanti dah dapat idea teman sambung balik erk? Mike jgn marah....
So, sesi balas dendam nie aku akan taq beberapa org pilihan seperti yang akan dinyatakan kat bawah nie :
a) Adik Aku b) Maula c) Mazani d) Normie e) Kak Long
Hehehe.... Pandai-pandailah korang jawap erk.. Suke sangat nampak gelakkan aku takdi... Jgn marah taw! |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 12:57 AM  |
|
|
|
| Perutusan Isra' & Mikraj |
| Saturday, July 25, 2009 |
Alhamdulillah, segala lafaz pujian ku sembah sujudkan hanya pada Yang Maha Esa. Sandaran ini hanya milik yang tunggal tuhan pencipta seluruh alam semesta, Allah Subhanahu Wa Taala. Salam dan selawat yang tiada penghujung buat kekasih Allah, Nabi Muhammad Bin Abdullah Sallallahu Alaihi Wassalam serta paa sahabat yang tiada putus berusaha mempertahankan agama islam.
Hamparan kembali terbentang luas dihadapan mata, menyempatkan masa bagi saya untuk mencoret kembali sejarah umat islam suatu ketika dahulu sebagai renungan sejenak menginsafi diri sebagai hamba yang kerdil. Ketika mana manusia itu sibuk membanjiri masa mereka melaksanakan tugas harian, maka tergemparlah penduduk dengan berita yang begitu menguji keimanan umat saat itu.
Peristiwa isra’ dan mikraj , menjadi buah mulut masyarakat tika itu. Perjalanan dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya nabi di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu singkat menjadi soalan logikan akal.
Peristiwa ini dicatatkan berlaku pada 27 rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah. Tahun tersebut juga turut dikenali sebagai ‘Amul Huzni ( tahun duka cita ) ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib.
Peristiwa yang berlaku begitu menguji keimanan mereka yang sudah menyatakan keimanan kepada Allah dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Namun, bagi Saidina Abu Bakar tetap tegas menerima walaupun yang menyampaikan berita itu adalah orang kafir musyrikin.
Walaupun tujuan mereka untuk menguji keimanan Abu Bakar Al-siddiq, namun baginda dengan tegas menjawab kalau yang kamu beritahu itu ialah Nabi Muhammad SAW yang pergi sampai ke Sindatul muntaha lebih daripada itu pun aku percaya. Ini lah sifat yang ditunjukkan oleh Abu Bakar Al-siddiq yang sentiasa membenarkan apa yang dibawa oleh baginda walaupun orang lain engkar terhadap perkhabaran tersebut.
Kita juga boleh melihat bagaimana ketegasan baginda untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, walaupun ia dilarang oleh Ummu Hani’ daripada menceritakan kepada orang lain kerana bimbang orang akan mengatakan nabi Muhamamd SAW pembohong.
Kerana mengikut logikan akal tidak mampu perkara seperti itu berlaku dalam segenap waktu sahaja. Perjalanan yang sebenarnya memakan masa selama 40 hari 40 malam. Akan tetapi Nabi Muhammad SAW hanya mengambil masa selepas isya’ dan pulang sebelum subuh. Seperti yang diramalkan oleh Ummu Hani’ menjadi kenyataan. Ramai di kalangan mereka yang sudah beriman kembali murtad dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang sedia kafir.
Kita harus mempelajari dari peristiwa ini bahawa iman itulah merupakan kayu pengukur yang menentukan kualiti keislaman seseorang. Sesungguhnya, imanlah yang membezakan Saidina Abu Bakar r.a. dan menempatkan beliau pada suatu kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh sahabat Rasulullah s.a.w. yang lain. Beliau lebih dikenali sebagai As-Siddiq yang bererti “yang membenarkan” kerana beliau terus percaya dan beriman dengan khabar dari Baginda Rasulullah s.a.w. ketika diceritakan peristiwa isra’ dan mikraj.
Inilah gambaran yang akan berlaku apabila umat keliru dalam meletakkan sumber ambilan dalam membuat satu-satu kesimpulan. Umat Islam hari ini harus waspada dengan ledakan arus untuk meletakkan akal mengatasi sumber Al-Quran dan Sunnah. Islam tidak sama sekali menolak peranan yang dilakukan oleh akal tetapi harus ditundukkan dengan bimbingan wahyu dan sunnah.
Perkara seperti inilah juga yang terpaksa dihadapi oleh kita pada hari ini apabila usaha dalam melaksanakan semula semua sistem islam maka di sana timbulnya beberapa golongan yang cuba menjadi pemecah masyarakat.
Namun, jika perjuangan menegakkan kalimatul Allah itu digalas bersama keyakinan yang tinggi terhadap Allah nescaya ribut taufan yang membadai sekalipun mampu jua dikebali. Selamilah disebalik peristiwa yang menjadi sumber kekuatan iman ini untuk diterapkan dan diaplikasikan dalam liku-liku yang bakal kita tempuhi menjadikan ianya sebagai suntikan semangat bersama.
Haru-biru yang kian merobek maruah islam oleh musuh dalam selimut itu harus dibanteras. Berpaksikan akal anugerah Ilahi, digalas bersama sumber utama islam Al-quran dan As-sunnah maka kita fikirkan sebaik-baik uslub dalam menyelamatkan umat dari terus dibasuh ideology yang menyeleweng dari simpang yang betul.
Semoga bakti yang dicurahkan pada jalan menuju mardhotillah, menempahkan kita ke taman-taman syurga Allah. Amin, insyaAllah..
Sekian, wassalam…
Setiausaha Agung, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman, Sesi 2009/2010
Dipetik dari www.permaya.org |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 8:13 AM  |
|
|
|
| Penaku kini Kembali... |
| Tuesday, July 14, 2009 |
Salam sua kembali buat semua teman-teman yang sudi berkunjung ke teratak usang GengSkoop ini. Erm, salam syukur ku panjangkan ke hadrat Rabbul Izzati di atas kesempatan yang masih terluang buat kita semua untuk bersapa khabar. Doa ku tadah, pohon izin Ilahi dikurniakan pencurahan rahmat-Nya serta memayungi kesejahteraan pada kesihatan dan kehidupan penuh keampunan kepada hamba-Nya berterusan.
Maaf ku pinta setelah kian lama bertapakkan sunyi laman ini. Dek masa yang tidak berapa mengizinkan menghalang jari-jemari melaksanakan tariannya. Namun, kesempatan ini seribu tanda syukur dilafazkan tanda terima kasihku buat Yang Maha Esa.
Pena ini sekali lagi akan mencoretkan kisah opera kehidupan semalam berpentaskan di sini. Bumi Iman & Hikmah terus melayani kekejaman & kebaikan ibadah manusia. Episode demi episode terus dipersembahkan disebalik tirai pementasan opera manusia.
Alhamdulillah, kini musim yang dinanti menjenguk tiba. Tempoh cuti yang akan berlanjutan selama 4 bulan akan kami isi dengan pelbagai aktiviti & tanggungjawab.
Sebulan sebelum ini, kami terpaksa berdepan saat genting menghadapi peperangan bersenjata pena & ketangkasan akal memahami teknik serangan musuh.
Keputusan sudah kami perolehi, ada yang suka dan ada yang duka. Namun, bagi aku kegagalan bukan berhenti disitu sahaja. Kerana aku berpegang pada madah yang berbunyi “Jatuh & gagal yang pertama bukan kegagalan namanya. Kegagalan ialah yang jatuh kerana sebab yang serupa di tempat yang sama”.
Masih ada peluang buat teman-teman untuk sama-sama kita berusaha. Jangan berduka dengan kemampuan sendiri, kita juga punyai kelebihan. Mungkin barang kali kita belum sedari di mana tersembunyi kelebihan kita itu. Ayuh, kita selami diri sendiri. Motivasikan semangat kita dengan pemikiran yang positif. Jangan berasa hina pada diri sendiri kerana kita semua hamba-Nya yang sempurna sebaik mahkluk.
Ok, aku tinggalkan dulu babak episode ini…
Cuti ini, aku sering berulang kali pergi ke Airport milik ibu kota Yaman di Sana’a. Kenapa?
Haaaa, hanya ada dua jawapan bagi soalan itu.
Satu, kerana menerima kehadiran ahli baru di Bumi Iman & Hikmah.
Dua, kerana menghantar teman-teman yang pulang kepangkuan keluarga yang dirindui.
Aku pula? Mungkin bukan rezeki ku pulang ke dampingan keluarga kali ini. Aku juga turut memendam rindu yang membuak. Namun, di sini juga tanggungjawap perlu dipikul. InsyaAllah, mohon kesempatan diberi pada ku dan teman-teman yang lain pada waktu yang mendatang, pulang disisi keluarga…. Aminnnnn Ya Rabbal A’lamin!
Disebalik peristiwa itu juga, salah seorang agen GengSkoop turut menuruti langkah tersebut. Dek desakan keluarga, akhirnya terpaksa akur permintaan keluarga pulang ke kampung halaman. Hajatnya tahun depan, balik secara beramai-ramai dengan agen GengSkoop yang lain tak kesampaian. Hahaha, kesian pulak.
Begitulah rancangan hidup ini. Terkadang yang dirancang tak menjadi, malahan yang tak dirancang itu yang akan tertayang dalam opera pementasan manusia. Kerana Allah itu jualah sebaik-baik perancang dan pelaksana. Keagungannya mampu mengatasi segala perancangan. Seperti kisah-kisah anbia’ yang termaktub dalam Al-qur’an merintangi kekejaman musuh Islam.
Pelayaran membelah awan biru.
Melebarkan sayap di angkasawan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Namun, saat genting terkadang tidak juga ditidakkan kehadirannya. Yang penting, kepakaran pilot dan keselesaan keadaan kapal pesawat tersebut perlu dititik beratkan. Satu kecuaian mengundang maut… Na’uzubillah.
Terbaru kapal pesawat milik Syarikat Yemenia telah terhempas disebuah pulau. Dikatakan cuaca ketika itu buruk dilanda dengan ribut. “Erm, phobia lah orang awam nak beli tiket milik syarikat tersebut lepas ini” seloroh teman-teman di sini.
Riuh-rendah kembali bergema di PERMAYA.
Syukurlah kini, PERMAYA kembali bermaya dengan sahutan riuh-rendah ahlinya yang tiada jemu mendatangi rumah milik Persatuan Pelajar Malaysia Yaman atau singakatannya PERMAYA.
Apa tidaknya, kerana kecekapan ahlinya memperkayakan dengan pelbagai aktiviti dan khidmat-khidmat yang memuaskan pelanggan menjadi tumpuan persinggahan mereka. Antaranya perkhidmatan wireless di bawah pengelolaan Unit IT Permaya, masakan panas Melayu di Gerai Seri PERMAYA di ketuai chef Ustaz Ismail Ghazali serta jualan mempedal, hati dan burger oleh beberapa ahli PERMAYA sendiri.
Kehadiran ahli kembali meriuhkan suasana dengan hilai tawa dan senda gurau.
Laman GengSkoop….
InsyaAllah, aku akan manfaatkan cuti agar laman ini tidak lagi menjadi suram. Kunjungan teman-teman juga diharapkan tidak terhenti di sini sahaja. Ada kelapangan dilain masa kita akan berkongsi cerita lagi.
Ku unduri diri untuk seketika mengistirehatkan jemari yang sudah keletihan. Sejak dari tadi lagi menampilkan kelincahan tariannya di atas hamparan keyboard laptop milik PERMAYA.
P/s : Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah kehidupan ini menggambarkan kebesaran-Nya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali, sekali pergi tak akan kembali.
Wassalam… |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 4:24 AM  |
|
|
|
| Gelagat Minggu Ini.... |
| Wednesday, May 20, 2009 |
Assalamualaikum wbt....
Kehadapan aku panjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi sebelum kalam mengorak langkah lebih jauh. Mudahan terlindung dari segala perasaan mazmumah. Lafaz yang lazimnya menjadi pembuka tirai bicara sentiasa diungkapkan antara pertemuan.
Alhamdulillah, sekali lagi kita bersua diruangan ini mencuri masa disebalik kelapangan yang terluang. Walau sedikit keletihan menghadiri kuliah di Jamiah sejak dari pagi sampailah ke malam, ku gagahi jua qudrat melaksanakan tarian jari-jemari di atas keyboard yang sikit tuanya menyebabkan hentakan jemari perlu dikuatkan.
Erm, uniknya tarbiyyah dari Allah mendidik hati melaksanakan kewajipan sebagai hambaNYA. Terkadang kita bergembira, saat yang lain kita berduka.. Begitulah putaran hidup hambaNYA melalui setiap liku warna-warni kehidupan yang pahit manisnya tersirat makna yang begitu besar.
Tersenyum aku tatkala laman GengSkoop terpapar diskrin komputer. Terpahat tulisan di dalam Cbox GengSkoop suatu perkara yang mencuit hati aku saat mata yang masih menerima nikmat kesihatan dari Ilahi melihatnya. Hanya senyuman mampu diukir menerima ujian dari Allah. Mudahan ianya mampu mendidik kesabaran aku.
Andai sekalipun aku melenting memarahi perbuatan itu, tiada faedah mampu ku terima. Hanya bersikap kebodohan berbuat begitu. Itulah ragam manusia tanpa diduga akan kita tempuhi. Karenah yang perlbagai sering kali memenatkan akal mencari jalan penyelesaian. Semoga didikan ini mampu mendewasakan aku mengenali isi hati duniawi.
Ciptaan Allah yang begitu Maha Berkuasa, menjadikan manusia itu sering bertelagah dalam menyampaikan pendapat. Justeru, menimbulkan perbagai tindakan berpandukan kebijaksaan mereka berfikir. Namun, lebih bertamadun manusia itu kalau tidak mengikut perasaan hawa nafsu mereka dalam melakukan sebarang tindakan.
Lakukanlah segala apa yang anda sukai..... Hanya nasihat mampu disampaikan agar kehidupan ini bukanlah suatu kerugian buat kita semua. Untung nasib di atas bumi pinjaman di sini adalah tiket kebahagian kita menempuh kehidupan abadi sana kelak.
Semoga Allah terus memayungi kita dengan rahmatnya... InsyaAllah kita pasti bersua lagi dilain waktu. Salam ukhuwwah ku akhiri celoteh untuk kali ini. |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 9:58 AM  |
|
|
|
| Sekitar Rehlah Ukhuwwah |
| Wednesday, April 29, 2009 |
Alhamdulillah, akhirnya apa yang dirancanakan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang rela meluangkan waktu emas masing-masing demi untuk merealitikan program yang julung-julung kalinya ini. Demi atas nama sebuah kesatuan dan ukhuwah. Demi menjana hari depan generasi adik-adik. Dan demi untuk menjunjung amanah daripada generasi terdahulu. Ya, semoga ia terhasil.
“Ingat, generasi kita adalah dari usaha abang-abang terdahulu, dan generasi sekarang (adik-adik) adalah atas usaha kita yang memikul amanahnya...” Itulah antara petikan motivasi daripada Ust. Fazali, mantan Presiden PERMAYA sewaktu sesi ucapan mantan-mantan presiden dilangsungkan.
Rehlah Ukhuwah; Mengimbau Memori Yaman ini telah disertai oleh 20 orang lepasan pelajar Yaman. Masing-masing mereka dari Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, dan Johor. Yang Perak dan KL datang dengan bas, yang Johor pula datang menaiki motosikal. Penuh mujahadah. Itulah contoh semangat dan kemahuan yang diperlukan untuk membina semula wahdatul fikr dalam membawa ruh perjuangan dan agenda dakwah masakini.
Kami berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau nama komersilnya ‘Masjid Terapung’ di Kuala Ibai sebelum bertolak secara konvoi ke tapak perkhemahan pada jam 9.30 pagi. Konvoi ini melibatkan empat buah motosikal, tujuh buah kerata, dan dua pancuan empat roda.
Dalam perjalanan, kami terpaksa berhenti kira-kira lima belas minit akibat sekatan jalan raya oleh abang polis peronda. Mengikut telahan, kemungkinan sekatan itu diadakan untuk mencari motosikal yang hilang. Kami turut disoal-siasat. Tetapi pihak polis melayan kami dengan baik dan tidak mensyaki apa-apa terhadap kami. Namun begitu, sepucuk surat 'cinta' terpaksa juga dilayangkan kepada salah seorang daripada kami kerana tidak membawa roadtax motosikal milik abangnya.
Kami meneruskan perjalanan. Kawasan hutan Belukar Bukit kami jelajahi sudah hampir ke destinasi. Di satu selekoh sewaktu menuruni bukit, tiba-tiba sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Seorang daripada sahabat kami yang menunggang motosikal hilang kawalan disebabkan kelajuan menuruni bukit lalu terbabas, terseret ke kaki lima jalan, dan akhirnya melanggar penghadang di tepi jalan.
Aku yang betul-betul berada di belakangnya terus memberhentikan motosikal dan meluru ke arahnya untuk memberi bantuan yang perlu. Keadaannya tidak begitu parah, cuma mendapat sedikit luka kecil serta calar-calar di lengan dan kaki. Motosikalnya pula mengalami sedikit kerosakan, tetapi masih dapat berjalan dengan baik.
Kami sampai ke tapak perkhemahan kira-kira jam sebelas pagi. Terlewat dari jadual asal kerana beberapa mehnah di perjalanan. Setelah mengenal pasti tempat yang bersesuaian, kami terus memunggah barang. Memasang khemah dan juga bahagian dapur. Selesai semua, kami bersiap untuk solat Jumaat. Khatib pada hari tersebut ialah Ustaz Mohd Khalil. Selepas solat Jumaat, slot taaruf diadakan sementara menanti hidangan tengah hari daripada chef Syed Azwan.
Pada sebelah malamnya pula, bermula selepas solat Maghrib berjamaah, slot Bicara Malam yang disampaikan oleh Ustaz Haji Amin diadakan. Memandangkan beliau adalah lepasan pelajar Yaman yang baharu sahaja pulang ke tanah air, maka isi ucapan beliau berkisar seputar kehidupan di Bumi Iman dan Hikmah itu. Dalam ucapannya, beliau menyentuh perihal PERMAYA sendiri, usaha untuk mencari dana, masalah pelajar yang timbul, berkenaan pelajar muslimat, dan juga perancangan untuk menubuhkan alumni Yaman di Malaysia.
Setelah itu, moderator majlis Saudara Saifullah Hussin menjemput tiga orang mantan Presiden PERMAYA yang hadir pada rehlah kali ini untuk memberi ucapan ringkas. Masing-masing mantan presiden banyak mengutarakan pandangan dan juga cadangan.
Antaranya ialah sokongan kepada usaha menubuhkan alumni Yaman, mengharapkan agar program rehlah ini menjadi pencetus kepada perjumpaan di masa akan datang, membantu meringankan permasalahan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat di Yaman, dan juga menjadi penghubung dalam mengeratkan ukhuwah antara lepasan Yaman. Akhirnya sebelum lelapkan mata, kami menjamu selera bermenukan nasi goreng, serta ayam dan ikan BBQ.
Hampir jam 5 pagi, kami bangun untuk memenuhi slot yang dijadualkan iaitu Zikir Alam (qiamullail). Selepas solat Subuh yang diimami oleh Ustaz Mad ABC, moderator majlis Ustaz Zulkhairi (mantan presiden) mempersilakan Ustaz Fazali bagi mengisi ruang Bicara Fajar.
Antara lain ucapannya, Ust. Fazali (mantan presiden) mengimbau kembali sejarah awal penubuhan PERMAYA. Betapa susah payah generasi terdahulu berjuang sehingga PERMAYA mendapat pengiktirafan oleh Kedutaan Besar Malaysia Yaman dan juga daripada institusi pengajian di republik tersebut.
Beliau juga menegaskan agar ditingkatkan lagi kualiti ke arah yang lebih global dengan penubuhan alumni Yaman seberapa segera. Antaranya lagi, beliau menyeru agar kita melebar-luaskan lagi networking dengan melibatkan diri dengan gerakan dakwah Islamiyah di bumi Malaysia.
Kepada lepasan Yaman dari akhowat, maaf kerana program ini tidak melibatkan kalian, kerana tempat tersebut tidak sesuai untuk kaum hawa bermalam. Insya-Allah akan diadakan perjumpaan susulan pada bulan Jun nanti. Waktu itu, kami turut menjemput sahabiah-sahabiah semua.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan perjumpaan sulung ini. Kepada Syed Azwan (mantan presiden) dan awak-awaknya, juga rakan-rakan Al-Watary Geng yang menjadi penggerak program rehlah ini. Kepada para pen-sponsor kita. Serta kepada semua peserta yang datang dari dalam dan luar Terengganu.
Satukan fikrah Islamiyyah kita,
Dengannya akan terbina jalinan persahabatan,
Dengan persahabatan akan lahirlah ukhuwah,
Dengan ukhuwah akan terbina kesatuan,
Justeru, pasti akan tergeraklah agenda dakwah,
‘Islahnafsak, wad’u ghairak’.
Artikel ini dicopy dari www.alwatary.blogspot.com. Untuk melihat gambar-gambar sekitar program tersebut bolehlah melayari laman yang tertera di atas ini. |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 9:03 AM  |
|
|
|
| Hebahan..... Rehlah Bekas Pelajar Yaman |
| Wednesday, April 15, 2009 |
 |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 4:33 PM  |
|
|
|
| Jejak Yang Terus Diikuti |
| Sunday, March 29, 2009 |
Dikegelapan malam, keheningannya makin lunak membuai mimpi-mimpi indah mencipta ilusi keasyikan. Hari esok akan menjenguk datang dan hari yang berlalu akan terus dikenangi pahit manisnya. Dan dunia kian asyik meniti usia senjanya. Hanya menanti saat ajalnya dipanggil mengadap.
Dan aku kembali dengan persis kata yang akan ku ukir agar menjadi ungkapan buat celoteh diruangan ini. Mengiringi celoteh ku yang terdahulu. Memenuhi kekosongan yang berbaki. Jari jemari mulai mempamerkan kelincahannya menari diatas keyboard laptop kepunyaan teman serumah. Mengimbas semula saat suka-duka bersama.
Fikrah penulis kembali bermadah.
Musim yang berlalu mengamit memori menguntai kenangan. Ranjau berduri telah kita tempuh, tabahi hidup di perantauan. Sering terimbau sewaktu bersama. Senda gurau manis bicara.Detiknya masih segar dalam ingatan.
Masa yang mencemburui kita ini sering kali menyempitkan jarak tempoh antara kita untuk terus bermesra dalam ukhuwah.
Muhamad Amin Ismail atau lebih tersohor dengan jolokan Hj Amin rata-rata dikalangan junior di Bumi Iman dan Hikmah ini bakal mengulangi jejak langkah mereka yang terdahulu. Tempoh berjuang disini agaknya sudah tamat buat mereka. Seruan pulang menantikan mereka dengan pelbagai tugasan yang akan ditabur pabila tiba di Tanah Air.
Sempat aku kenalinya dalam tempoh yang agak singkat ini seorang insan yang begitu teliti dalam tiap apa yang bakal dilaksanakan. Kepentingan ramai sering dititik beratkan.
Selasa malam Rabu.
Pentas dunia tiada henti menceritakan kisah yang tiada kesudahan. Hanya satu yang akan mengakhiri segalanya. Watak dan pelakon sering bertukar rupa. Namun, kadang-kala skripnya hampir menyamai ceritanya yang terdahulu. Menggambarkan hidup ini ada sesuatu yang harus kita persiapkan untuk menghadapinya.
Dicelah kelapangan yang terluang itu, Krew Unit It PERMAYA sempat mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh ahli jawatankuasanya sempena kepulangan Hj Amin yang merupakan penasihat unit it yang dilantik bagi menggantikan penasihat terdahulu. Kini, jawatan itu kosong tiada ganti. Sedih pilu kembali menyeliputi dihati.
Malam itu, Hj Amin sempat meninggalkan kepada kami wasiat yang bernilai sebagai pedoman dihari muka. Moga kehadiran masyarakat Malaysia di bumi barakah ini tidak dipersiakan. Susun atur kata yang cukup menusuk halus kedalam jiwa menyatakan keikhlasan itu terbit dari dalam jiwanya.
Hj Amin, insan yang banyak berkongsi pengalaman. Lokek menyampai nasihat dan pandangan tidak baginya. Sungguh lembut dan hikmah setiap kata yang diucapkan. Cukup berhati-hati agar tiada yang tersinggung.
Selesai bertukar idea. Sesi bergambar menjadi agenda seterusnya. Krew Unit IT PERMAYA masing-masing bergaya dengan baju bertugas mereka. Dalam riang, rupanya ada hati yang meronta kesedihan. Merintih atas perpisahan ini. Begitulah membuaknya persaudaraan yang terjalin ini.
Bagi aku tiada yang lebih membahagiakan dari sebuah pertemuan lantas terbina darinya jalinan ukhuwah. Sekalipun perpisahan tetap mengakhirinya. Namun, kasih islamiyyah dalam berukhuwah tiada meletakkan noktah. Bahkan akan tetap terus bercambah. Akar persaudaraan makin mencengkam erat.
Bulan menjadi saksi keakraban kami.
Senda gurau menjadi senjata dalam kami memperkukuhkan ukhuwah. Tidak kami persiakan peluang yang masih berbaki. Gelak tawa meriuhkan sepi yang sering menghuni rumah PERMAYA baru.
Musafir perjuangan.
Begitulah hidup perantau. Sampai janjinya akan pulang menemui Tanah Air. Berjuang memanfaatkan hidup. Menabur dan menanam benih-benih mutiara kutipan yang terpungut. Datang dan pergi akan silih berganti. Tiada yang bersifat kekal pada makhluk.
Terasa jiwa kembali dibebani kesedihan. Hanya beberapa detik lagi tangan ini akan melambai ucapan selamat tinggal kepada Hj Amin. Setelah laluan itu dilangkahi masuk, kelibat itu yang terakhir akan dilihat. Jika hayat masih sudi menemai jasad, mungkin masih ada peluang untuk terus bersua. Kalau tidak, ingatilah dalam setiap doa dalam solatmu.
Perjalanan ini masih jauh menempuh ranjau dunia. Pergilah kau berjuang! Sekalipun saat ini kami masih memerlukan mu. Mendahagakan secebis lontaran nasihat yang bakal ku dengari. Ku harap kita akan saling berutusan menukar khabar. Bagai semalam kita bersama dengan teman-teman. Ku nampak air muka teman berat merelakan pemergian sahabatnya.
Beberapa jam yang lalu, selesai saja kuliah di UST (Universiti Sains & Teknologi) aku terus melajukan langkah bersama Mohd Fadhli Rahmi bin Zulkifli (merupakan Pengarah Unit IT sesi ini) ke rumah Hj Amin. Ada jemputan mengajak ke sana. Barang kali orang umahnya mengadakan sedikit jamun.
Betul sangkaan ku. Jamuan disediakan dirumah itu. Oh, kenyanglah perut aku kali ni. Senang! Tak usah aku fikir lagi dimana nak melahap tengahari ini mengisi kekosongan perut sejak pagi lagi. Setelah menguyah lauk pauk didalam dulang itu. Terasa keenakannya bukan sembarangan yang masak.
Ya, betul! hidangan itu disediakan oleh Hj Amin. Oh, rupanya inilah terakhir kalinya dapat aku rasai juadah yang disediakan oleh Hj Amin. Erm, aku akan rindui masakan ini. Dan akan terus mengidaminya. Seloroh hatiku.
Hj Amin memang diketahui umum kehebatan dalam masakannya. Cukup menyelerakan siapa yang merasainya. Chef tersohor dikalangan kami.
Pegawai mendekati sekelompok masyarakat.
Tanpa sedar waktu berbaki semakin menyempit. Waktunya sudah tiba untuk check in. tiada dilengahkan lagi, terus saja sahabat-sahabat melaksanakan tradisi wida’. Bersalaman dan berpelukan. Kedengaran ditelinga kata-kata azimat yang ditinggalkan Hj Amin buat sahabat-sahabatnya.
Berderau darah yang mengalir dalam urat saraf. Memaksa dilepaskan pelukan perpisahan. Tiada yang dapat menipu pilunya dalam jiwa.
Selamat bermusafir & selamat berjuang ku ucapkan kepadanya.
Ahmad Furqan b. Hj Ismail Krew Unit IT PERMAYA Sesi 2008/2009 27 March 2009 – Jumaat 12.00 am (www.gengskoop.blogspot.com)
Dipetik dari website rasmi PERMAYA (http://www.permaya.org) |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 3:16 AM  |
|
|
|
|
| :: About Me :: |
|

Name: Ahmad Furqan Bin Hj Ismail
Home: Syari' Al-Hurriyyah, Sana'a, Rep. Yemen, Yemen
About Me: "Erm, Dilahirkan tanggal 29 Julai 1989 Di Hospital Umum Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang. Merupakan anak yang ke-5 dari 7 orang adik-beradik. 4 lelaki & 2 perempuan. Dilahirkan dalam keluarga yang suka merantau.. Dan kini menetap di Terengganu Darul Iman. Mendapat pendidikan awal di Tadika Islam di Selangor.. Kemudian meneruskan pengajian diperingkat Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jiring selama 3 tahun dan berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil sehingga tamat pengajian sekolah rendah. Menyambung pendidikan seterusnya di Ma'had Darul Qur'an, Rusila selama 7 tahun dan kini, berhijrah ke Bumi Iman & Hikmah (Yaman) untuk menyambung pengajian diperingkat ijazah sarjana muda (B.A) dalam pengajian islam selama 4 tahun di Universiti Sains & Teknologi"
See my complete profile
|
| :: Artikel Ku :: |
|
| :: Archives :: |
|
|
| :: Rangkaian Web :: |
|
|
| :: YM With GengSkoop :: |
Daus
Aman
Loh Razak
Niza
Marwan
Medang
Are-kim
Sudin
Are-mid
Megat
Hazim
Furqan
Saril
Sepu Abdllh
Loh Rani
Yang Lain
Coming Soon
|
| :: Powered by :: |
|
| :: Nasib Ummat :: |
|
|
| :: Hiburan GengSkoop :: |
|
| :: Segalanya Disini :: |
Kat Pintu Gerbang Jamuan Wida' Kitaorang
Depan Asrama Sebelum Masuk Dewan
Persembahan Kitaorang
Semasa Persembahan, Insaf!
Dah Habis, Bermaafan La
|
| :: Slide Show :: |
|
| :: Waktu Solat :: |
|
| :: Update :: |
| Coming Soon |
| :: Warning :: |
 |
| :: Update :: |
| Coming Soon. |
|